mcmc
Galeri Foto

TAKLIMAT DAN KELAS E-REZEKI BERSAMA WAKIL E-REZEKI

E-REZEKI

Apa itu E- Rezeki?

 

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

 

Taklimat & Kelas E- Rezeki yang dijalankan di Wakil E-Rezeki Negeri Melaka di Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti, Alor Gajah