mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pertanian

Pejabat Pertanian Kawasan Masjid Tanah

Alamat : Jalan Paya Rumput, 78300, Masjid Tanah, Melaka

No tel   : 06-3841357

 

Projek Agro-Tourism

sumber harizamrry.com

Dunia perniagaan sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing bagi pelakon terkenal, Rosyam Noor. Selain sibuk dengan karier lakonannya, dia kini mengusahakan projek pertanian berkonsepkan agro-tourism di tanah seluas 2.4 hektar di Kilometer 30.4, Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka.

Projek tersebut yang dikenali sebagai ‘Taman Impian Herba dan Jati’ antara lainnya termasuk penanaman pelbagai jenis tanaman herba dan jati, kolam ikan dan sebuah restoran.

Menurut Rosyam, dia mengusahakan projek tersebut sejak setahun lalu dengan berkongsi modal bersama bapa saudaranya, Azis Tamby.

Katanya, kawasan tersebut antara lain telah ditanam dengan 500 batang pokok jati, 300 pokok kayu manis, 4,000 buah nanas, 150 pokok mangga, 120 batang pokok kelapa pandan dan 300 pokok pisang.

”Taman ini juga ditanam dengan pokok-pokok herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, akar cerita dan serai wangi yang berkhasiat untuk kesihatan badan,” katanya pada sidang akhbar di taman tersebut, baru-baru ini.

Selain itu, kolam ikan yang dibina berhampiran dengan restoran pula mengandungi pelbagai jenis ikan seperti ikan puyu, keli, talapia merah dan hitam.