mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2017 – NUR AFIQAH

USAHAWAN KATERING KECIL – KECILAN

 

Nama           Puan Nur Afiqah Binti Razali               
Umur 26 Tahun
Ahli 2017

 

 

 

Latar Belakang

 

Puan Nur Afiqah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berumur 26 tahun. Mempunyai 2 orang anak. Beliau meminati bidang masakan. Pada mulanya ianya sekadar tolong menolong jiran tetangga dalam majlis keraian, tetapi makin lama, beliau mendapat tempahan dari rakan – rakan, saudara mara dan jiran kampong. 

 

 

Sebelum Penggunaan ICT

 

Sebelum penglibatan dalam Pusat Internet beliau hanya sekadar mengambil upah memasak sahaja yang hanya dapat upah sekitar RM100 – RM200 sekali masak

 

 

Selepas Penggunaan ICT

 

Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet beliau dapat memperluaskan kemahiran masakannya sekaligus mendapat tempahan dari orang ramai. Pada masa ini, beliau memulakan perniagaan catering secara kecil – kecilan yang berskala 250 orang seingga 300 orang, dengan purata nilai sekepala RM8 hingga RM15 mengikut menu tempahan.